Malaysia online store

Lazada 728x90 Visa

TOPIK-TOPIK PENTING

Selasa, 13 Ogos 2013

Penjagaan kesihatan



Kebersihan adalah dituntut agama. Benda yang lama dan rosak hendaklah di buang kalau tidak ia akan menyebarkan kuman dan penyakit  terutama barang yang digunakan di dalam tandas.

1. Tuala 
Pakar Biologi menyatakan bahawa tuala basah adalah tempat kuman membiak. Pastikan tuala dikeringkan dengan segera selepas diguna .Pastikan anda membasuh tuala 3 hari sekali. Jangan tunggu sampai berbau hapak,seperti orang bujang.

2.Berus gigi
Letakkan berus gigi jauh dari lubang tandas kerana setiap kali anda 'melabur' kuman akan tersebar dalam udara dan akan melekat pada berus gigi. Ahli pergigian mengesyorkan supaya tukar berus gigi setiap 3 bulan. Jangan letakkan berus-berus gigi berdekatan untuk mengelakkan kuman berjangkit.Jangan sekali-kali bergilir berus gigi.

3. Pisau cukur.
Pisau yang tumpul hendaklah di buang. Biasanya pencukur mudah berkarat apabila selalu terkena air. OST,siram dengan air panas dan simpan di tempat yang kering.

4. Ubat-ubatan
Simpankan  ubat di tempat yang kering dan panas. Tempat yang lembap akan merosakkan ubat dengan cepat.  Ubat yang telah berubah warna dan komposisi hendaklah dibuang. Panadol pun bertukar menjadi racun apabila rosak. Jaga-jaga! !!!!

5. Ada lagi yang perlu dibuang?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...